Find whatever you want!

Tuesday, 6 September 2011

Malaysia Forex Training Centre: Gbp vs Jpy 1H


Dikaca televisyen kita sering dihadapkan Bujang Sepah tetapi di Bumi Kenyalang kita akan terbiasa mendengar nama Bujang Senang.Bujang Senang mengikut kepercayaan orang Iban berasal daripada manusia yang menjelma menjadi buaya(buaya jadian).Bujang Senang dipercayai telah wujud sekian lama oleh masyarakat Iban dan adalah seorang pahlawan.


Kemunculan semula Bujang Senang pada zaman moden bermula tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali,Sri Aman,Sarawak.Reptilia tersebut berukuran 20kaki panjang(6meter)dan 4kaki(1.2meter)lebar.

Pada masa itu,Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga,cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.
Sepantas kilat,seekor buaya besar timbul dengan Penghulu Bangan di rahangnya.Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi bahagian atas mayat itu sahaja yang ditemui.

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment